Thursday, February 14, 2019

BIOGRAFI RINGKAS HAFIDZULLAH TUAN GURU SYEIKH SUFIAN NOOR•


Kenali Tokoh Ilmuan dan Pengamal Sunnah Memanah dan Berkuda Nusantara

•BIOGRAFI RINGKAS HAFIDZULLAH TUAN GURU SYEIKH SUFIAN NOOR•

Beliau adalah Sufian Noor bin Marbu bin Abdullah bin Thayyib Al-Banjari Al-Makki. Adik dari Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki. Beliau dilahirkan pada 15 Rabiul Awal tahun 1388 H bertepatan  dengan 11 Jun 1968 M. Pada tahun 1974, beliau telah dibawa oleh keluarga berhijrah ke Mekah bersama 4 orang saudara ketika beliau berusia 5 tahun. Setahun kemudian, beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Ashshalatia, Madrasah tertua di Mekah bahkan di Jazirah Arab. Pada tahun 1977, beliau masuk  ke Tahfiz Masjidil Haram.

Selama 13 tahun beliau menyelesaikan pengajian di Madrasah Ashshalatia dan 5 tahun di Tahfiz Masjidil Haram. Ketika berusia 14 tahun beliau telah menyelesaikan hafalan Al-Quran. Dalam usia 16 tahun (kelas dua Diniyah atau setara dengan kelas dua Tsanawiyah), beliau sudah mula mengajar dan menjadi imam Tarawikh di beberapa masjid di sekitar Mekah.

Selain itu, beliau mendapat pendidikan di beberapa majlis (mulazamah) masyaikh di Masjidil Haram  seperti di majlis Syaikh Abdullah Said Al-Lahji, Syaikh Abdul Karim  Al-Banjari, Syaikh Muhammad  Idris Mandili Al-Makki dan di rumah-rumah seperti  Syaikh Muhammad Yasin Al-Fadani, Syaikh  Abdul Hamid Muhammad Amin Tungkal. Dan terakhir berkhidmat kepada Musnid Ad-Dunya Al-‘Allamah  Syaikh Muhammad Yasin bin Isa Al-Fadani Al-Makki selama 2 tahun. Selama berkhidmat dengan Syaikh Muhammad Yasin Al-Fadani, beliau mendapat kesempatan untuk bertemu dan beristifadah  serta mendapat ijazah dari masyaikh-masyaikh yang didatangi Syaikh Yasin atau yang mendatangi kediaman Syaikh Yasin. Antaranya Al-‘Alamah Al-Hadith Al-Hafiz Syaikh Abdullah Al-Ghurami, Sayyid Al- Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf, Syaikh Ibrahim Fatani dan Syaikh Zakaria Bilah serta masyaikh dari  Syam dan Mesir serta Muqimin di Mekah.

Setelah pulang ke Indonesia pada tahun 1989, beliau mula membuka Halaqah Quran dan Madrasah Tahfiz pertama di Kota Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Salah satu kegiatan di bulan Ramadhan ialah beliau keliling Solat  Tarawikh 1 juz 1 malam di 40 masjid. Tahun 1990, beliau mewakili untuk mengikuti Musabaqah Hifdzil Quran antara Pondok Tingkat Nasional di Jakarta yang diselenggarakan oleh Pemerintah Arab Saudi. Pada tahun 1991, beliau mendirikan Halaqah Quran dengan kerjasama Pondok Pesantren Al-Hikmah Jakarta. Selepas itu, beliau mengikuti studi banding pendidikan dan dakwah ke Malaysia, Thailand, Indonesia, India, Pakistan dan Bangladesh. 

Pada tahun 1994, beliau membuka Pesantren Quran Al-Ihsan di Banjarmasin dan sekarang mempunyai 15 cawangan di Kalimantan.

Pada tahun 1995, beliau mendapat pendidikan di Mesir dan bertemu dengan masyaikh-masyaikh Al-Azhar seperti Syaikh Muhammad Riziq Khalil Habbah, Ketua Para Guru  Besar Quran di Mesir dan Syaikh Jabir Asy-Syarif, Syaikh Abdul Basith Hasyim satu angkatan dengan Syaikh Muhammad Sodiq Minshawi, Syaikh Mustofa Abul ‘lla dan lain-lain.

Pada tahun 1996, beliau membuka Pesantren Quran Asy-Syifa di Tangerang. Tahun  1997, beliau telah hijrah dan mendapat amanah mengajar di Ma’had Al-Fattah, Temboro Magetan,  Jawa Timur. Bersamaan  dengan itu juga, beliau mula membuka Halaqah  Quran  di Wajak Malang bekerjasama dengan Pondok Pesantren  Al-Huda. Setelah  itu pada tahun 1999, beliau hijrah ke Kota Batu dan mula membuka Pondok Pesantren An-Nashr.

Beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam pembacaan Qiraat yang 7. Beliau juga adalah seorang yang memiliki sanad ilmu dan juga sanad Al-Quran. Selain  daripada berdakwah dan mendidik, beliau juga menulis. Antara penulisannya ialah kitab berjudul Fath Al-Haadi Al-Raqib fi Adillah Fath Al-Qoriib Al-Mujib. Dan semasa  belajar, beliau menulis kumpulan dan memushafkan Qiraat sab’ah masing-masing dalam satu buku. Aktiviti itu berlanjutan hingga sekarang dan mengadakan daurah-daurah untuk pelajaran Qiraat tersebut.

Tahun 2007, beliau hadir di pertemuan ulama se-Asean dan juga mendapat undangan untuk belajar di Hadramaut, Yaman. Beliau berangkat pada tahun 2008 untuk berguru dengan Al-‘Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syaikh Abu Bakar bin Salim dan masyaikk-masyaikh Yaman serta Hadramaut.

Setahun kemudian, beliau mendapat kehormatan menyampaikan undangan pertemuan Majlis Muwasholah untuk wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB) dan dari situlah mula mengenal kuda. Kemudian  belajar menunggang  kuda dan memiliki kuda buat pertama kali. Semenjak itu, beliau diundang untuk mengisi daurah berkuda di beberapa tempat di Indonesia seperti Bogor dan Blitar. Beliau  juga sering diundang ke Malaysia untuk daurah serupa. Dalam salah satu daurah di Malaysia, beliau diundang Kelab Pemanah Tradisional setempat dan diperkenalkan teknik memanah serta memanah di atas kuda. Beliau aktif mengisi daurah-daurah  berkuda dan memanah hingga sekarang. Dan sehari-hari beliau dapat ditemui di Pondok Pesantren An-Nashr, Bogor, Jawa Barat.

Ditaip oleh Hidayu (KESUMA)
Disunting oleh Dr S Nurzahira  (KESUMA)

Tuesday, February 12, 2019

Busur Lang Legar (Turkish Horse Bow) 30 - 45lbs




Lang Legar Turkish Horse Bow 30 - 45lbs

Inspired by the Turkish horn bow, Lang Legar will definitely meet your horseback archery needs as it is well structured for a dynamic shooting. Be it for thumb draw or Mediterranean draw, both will be drawn smoothly up to 29 inches length due to its unique shape and material used. Attached with a nice leather grip, a hand shock while releasing the arrow is almost impossible.

Specifications;

*Bow Length Strung : 41Inches
*Bow Mass : 350 grams
*Draw Weight: 30 - 45
*Highstrength epoxy fiberglass and hardwood

********************************************
SPECIAL PROMO RM450 ONLY!!
✔️Free Bow sock Polyster
✔️Free Cartel Saunder Nocking

Come with FASTFLIGHT Bowstring
Feel Power! Feel The Experience!

Arrouha Manufacturer
Designer : Zairol Daud
#arrouha #memanah #busur #panah #archery