Wednesday, June 21, 2017

Busur Turkish Laminated Xone™ berwajah baru??

Setelah beberapa percubaan untuk membaik pulih dan menaik taraf busur turkish laminated xone ini, kini ianya berwajah baru dan nampak lebih elegan dan compact.

Structure yang terbaru ini masih berunsurkan fiberglass yang kini ditampilkan pertama kalinya dengan berwarna hitam, dan penggunaan kayu maple dan buluh masih lagi diutamakan dan pastikan ianya adalah core element sebagai bahan gabungan untuk mendapatkan daya deflect yang pantas disamping ringan.

Elemen buluh kali ini adalah dari kilang tempatan setelah beberapa kali perbincangan untuk mencapai tahap optimum yang di kehendaki. Buluh yang digunakan juga adalah buluh yang terpilih mempunyai serat yang agak kasar dan cukup matang. Design buluh terkini amat menitik berat tentang ketahanan daya refleksi dan hanya menggunakan kadar nipis buluh iaitu sekitar 1-1.5mm mampu untuk mencapai poundage 40lbs.

Buluh yang tebal adalah kurang menepati kerana sifat shear stress yang akan merosakan buluh dan akan menyebabkan shear failure seteruskan delaminated.

Sedikit kesimpulan dan perkongsian kepada beberapa permasalah dalam teknik pembuatan busur.

gambarajah 3 menunjukkan types of shear failure semasa busur experience inner forces.
apabila bamboo grain yang kurang matang semasa ditebang jadi weakness pada grain akan menyebabkan busur akan cepat pecah.
dan shear failure akan berlaku sekitar limb yang mana lapisan buluh yang mempunya ketebalan tertentu. Secara dasarnya adalah seperti rajah dibawah ini.























Monday, June 5, 2017

Teknik pembuatan busur panah tradisional

Teknik pembuatan busur panah tradisional

Terima kasih atas usaha team anak2 muda yang berusaha untuk naikkan teknik pembuatan busur panah tradisional.

Team dari Taylors College ini adalah dari Faculty Mass Com - Broadcasting yg ingin mengetengahkan teknik2 pembuatan ini dan sebagai salah satu final year project mereka.

Pihak Arrouha™ telah menyediakan bbrp teknik asas yg boleh direkodkan secara lamgsung utk basic understanding kepada umum. Sebabnya utk menyiapkan satu2 busur mengambil masa 3-7 hari, ianya melibatkan penyediaan bahan asas seperti kayu, fiberglass dan epoxy.

 


 



 


Biar pun berdebu sanggup ku redahkan muka tu.. tapi hati2 bang tu fiberglass bahaya.. ( anyway kita dah buat proper ventilation system )

  

Paling terakhir dan paling best adalah saya menyampaikan sedikit cenderamata berupa Busur Jati Tunggal kepada setiap seorang dari mereka.. WOW terkejut dorg semua tak sangka2.. hihi 

Takpa semoga memanah ini akan lebih tersebar keseluruhannya

Dan juga semoga korang semua berjaya dalam apa yg diceburi

KiPIDAP!!!! 😘

 



 

Tengok saja tu balik je terus upload fb 
Jasmine Lim

 



 

Ni lagi Sean Malhotra

 


Guys you owe me this video once completed 

I'm waiting 😎



Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya disini