Sunday, January 31, 2016

Seni Memanah Dari Turki



MOHD. ZAIRONIZAM bersama tiga rakannya mewujudkan Arrouha bagi memberi peluang kepada peminat sukan memanah tradisional mendapatkan busur berkualiti pada harga rendah.



MEMPUNYAI minat mendalam terhadap aktiviti memanah tradisional, tiga orang sahabat akrab bertekad untuk menghasilkan sendiri peralatan tersebut.
Selain minat, faktor harga busur import yang tinggi dan sebahagian bahan asasnya diperbuat daripada sumber haram juga merupakan sebab mereka berbuat demikian.
Bermula dengan hanya melakukan kerja-kerja pembuatan busur di rumah pada tahun 2012, Mohd. Zaironizam Daud, 37, bersama dua lagi rakannya mempelajari cara-cara asas pembuatan alat tersebut di laman sosial video, YouTube.
Selepas beberapa tahun menghasilkan busur dan anak panah di rumah, mereka membuat keputusan untuk berpindah ke lokasi lain dengan menyewa sebuah kedai di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor yang terletak tidak jauh dari kediamannya sejak bulan Mac lalu.
“Kami baru sahaja berpindah ke bengkel ini sejak awal tahun 2015 kerana ruang di rumah sangat terhad. Kami memerlukan tempat lebih luas untuk menghasilkan busur dalam kuantiti banyak berikutan permintaan semakin meningkat.
“Perkara yang mendorong kami membuka bengkel ini ialah busur di pasaran kebanyakannya diimport dan harganya agak mahal. Jadi, kami membuat keputusan untuk menghasilkan sendiri peralatan utama tersebut.
“Selain itu, terdapat beberapa peralatan memanah yang diimport dari luar negara menggunakan kulit babi pada bahagian gagang atau pemegang busur.
“Ia menyukarkan peminat sukan ini mendapatkan peralatan yang sesuai,” katanya ketika ditemui di bengkelnya baru-baru ini.
Menurut Mohd. Zaironizam, selain mempelajari teknik asas pembuatan busur dalam talian, mereka turut terbang ke Turki bagi mendalami ilmu tersebut.
Ini kerana negara dua benua itu dikenali sebagai pencetus dalam seni memanah tradisional sejak zaman kegemilangan Islam.
Tiga sahabat lulusan kejuruteraan dari Universiti Teknologi Mara tersebut juga berkunjung ke Malang, Jawa Timur, Indonesia bagi berkongsi aktiviti memanah tradisional dengan masyarakat di situ.
“Ketika di Turki, banyak ilmu yang kami peroleh kerana negara tersebut merupakan antara pusat tumpuan penghasilan busur tradisional.
Buku lama


PEMILIHAN anak panah perlu bersesuaian dengan jenis busur yang digunakan.


“Selain itu, kami merujuk buku-buku lama daripada zaman empayar Uthmaniyah mengenai seni memanah dan penghasilannya ,” ujar jurutera dari Pulau Pinang itu.
Terdapat beberapa jenis bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan busur seperti kayu, buluh dan gentian kaca berkualiti tinggi. Penggunaan bahan-bahan tersebut bergantung kepada spesifikasi peralatan yang ingin dihasilkan seperti jenis, saiz dan kekuatan daya tarikan.
Kebanyakan material kayu yang digunakan dalam penghasilan busur tersebut terdiri daripada resak, cengal dan petai kerana ia mudah didapati dalam negara.
Jenis-jenis busur yang mereka hasilkan terdiri daripada tiga kategori iaitu Jati Tunggal, khusus untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan sukan memanah; Anak Awan, bagi pemanah biasa dan Lela Kenchana khas kepada golongan kanak-kanak berusia empat tahun ke atas.
“Setiap busur yang dihasilkan akan melalui proses penyelidikan dan pembangunan selama lebih kurang satu tahun bagi memastikan kualiti serta kesesuaian alat tersebut untuk digunakan oleh golongan pemanah tertentu.
“Perbezaan busur yang kami hasilkan berbanding produk negara lain ialah dari segi material dan bentuknya. Negara luar banyak menggunakan buluh dan tanduk sebagai bahan asas di samping bentuk lebih melengkung untuk mendapatkan daya tarikan lebih kuat,” terang pengasas bersama Arrouha Sports and Outdoors (Arrouha), Muhammad Nazim Abdul Ghani.
Dihasilkan dengan sangat teliti, Muhammad Nazim memberitahu, busur tradisional mempunyai tiga komponen utama bagi membentuk alat tersebut seperti siyah iaitu bahagian hujung busur, gagang atau pemegang di tengah dan lengan yang menjadi penghubung antara dua siyah.
Masa yang diambil bagi menghasilkan sebuah busur adalah lebih kurang satu hingga dua minggu bergantung kepada jenis peralatan tersebut.
“Langkah-langkah awal menghasilkan busur ini ialah memotong kayu bagi membentuk siyah serta gagang sebelum disapu gam untuk dilekatkan pada bahagian lengannya selepas dilenturkan menjadi sedikit melengkung.
“Selepas dicantumkan ketiga-tiga bahagian tersebut, busar akan dibiarkan selama tiga hingga tujuh hari untuk memastikan gam tadi betul-betul kering,” jelasnya.
Aspek terpenting
MAS ILMI menunjukkan cara-cara membuat anak panah menggunakan peralatan khas.


Kemudian, ia akan dikemaskan dengan melicinkan permukaan busur sebelum dibalut menggunakan kulit lembu pada bahagian gagang bagi memberikan keselesaan ketika memanah.
Tambahnya, aspek terpenting pada busur ialah daya tarikan tali dan ia diukur melalui alat khas bagi mengetahui kekuatan yang diukur dalam unit paun.
Tidak lengkap sekiranya sesuatu busur tanpa kehadiran anak panah dan Arrouha turut menghasilkan komponen tersebut yang diperbuat daripada kayu apabila mendapat permintaan pelanggan.
Menurut seorang lagi rakan kongsi Arrouha, Mas Ilmi Masri, terdapat beberapa jenis anak panah di pasaran dan ia dikategorikan mengikut bahan-bahan asas yang digunakan untuk menghasilkannya seperti kayu, buluh, gentian kaca, karbon serta aluminium.
Tambahnya, setiap jenis anak panah mempunyai kelebihan tertentu bergantung kepada penggunaan tahap kemahiran pemanah dan jenis busur.
“Anak panah yang kami hasilkan menggunakan kayu daripada pokok kembang semangkuk kerana ia mudah dibentuk. Begitupun, kami hanya membuatnya apabila terdapat permintaan.
“Pemilihan anak panah tidak boleh dibuat sesuka hati kerana ia bergantung kepada tahap kelenturannya atau spine iaitu semakin rendah spine sesuatu anak panah maka, seseorang pemanah perlu menggunakan busur yang mempunyai paun tinggi dan begitu juga sebaliknya,” katanya.
Arrouha turut menyediakan perkhidmatan latihan memanah terutamanya kepada individu yang baru berjinak-jinak dalam sukan berkenaan.
Sementara itu, harga ditawarkan bagi setiap jenis busur adalah sekitar RM159 hingga RM400 berbanding barangan import yang mampu mencecah ribuan ringgit.
Kesemua busur yang dihasilkan adalah tertakluk kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 yang tidak memerlukan sebarang permit atau lesen daripada mana-mana pihak untuk memilikinya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3vjUX9uRx 
Hakcipta terpelihara 

JATUH CINTA TERKENA PANAHAN AR ROUHA

Memanah suatu ketika dahulu lebih kepada tujuan memburu haiwan dan juga peperangan. Ia dianggap senjata merbahaya malah boleh membunuh. Kita hanya membaca dan menonton filem sedangkan kita sendiri tidak pernah mencuba apa itu memanah. Tak kenal maka tak cinta. Sudah cuba susah untuk dilupa.
Disebabkan dengan ini, Arrouha Sports and Outdoors yang diuruskan oleh 3 sahabat iaitu Mohd Zaironizam Bin DaudMuhammad Nazim Bin Abdul Ghani dan Mas Ilmi Bin Masrimengambil peluang memperkenalkan Ar Rouha™ sebagai sukan memanah dalam keadaan santai dan menghiburkan bukan lagi sebagai senjata memburu.
founder (1).jpg
Bermula pada 2012, mereka bertiga yang mempunyai hobi yang sama iaitu memanah nekad membuat busur dan alat memanah sendiri yang mempunyai ciri-ciri keselamatan mengikut kesesuaian budget rakyat Malaysia untuk memulakan sukan memanah. Pihak Ar Rouha™menampilkan busur tradisional dan juga busur berkonsepkan “simplicity” dengan rekabentuk yang unik dan inovatif.
IMG-20150906-WA0008.jpg
Menyedari permasalahan ini, pihak Ar Rouha™ telah menubuhkan syarikat Ar Rouha™ dan mula membuat kaji selidik mengenai teknik-teknik pembuatan busur yang sering digunapakai oleh pemanah-pemanah. Ar Rouha™ merupakan salah satu daripada nama busur Rasulullah SAW yang bermaksud ‘wangian’.
IMG-20150928-WA0000
Dalam proses mendalami tentang pembuatan busur panah, Ar Rouha™ telah ke beberapa buah Negara untuk mengetahui dan mempelajari teknik pembuatan busur setiap negara masing-masing. Alat memanah bukanlah sesuatu yang murah lebih-lebih lagi ianya terpaksa diimport dari luar negara dan sukan ini masih jauh ketinggalan berbanding sukan paintball.  Harga pasaran didunia mencapai sehingga USD3000 bergantung kepada kualiti busur.
Ini menjadikan syarikat yang mempunyai visi misi ke arah “ Satu orang Satu Busur ” membuat peralatan memanah sendiri malah jauh lebih baik dari yang dibeli import. Ianya ringan, mudah dibawa, tahan lasak dan tidak mudah patah bagi menjadikan aktiviti memanah sebagai gaya hidup “lifestyle’’ sihat untuk masyarakat masa kini.
Ar Rouha™ mensasarkan golongan remaja dan belia yang aktif bersukan malah mendidik mereka sebagai latihan fokus ketika mensasarkan objek. Sukan ini boleh dimain pada bila-bila masa, dipadang dan didalam dewan. Sukan ini lebih menjimatkan dari sukan paintball kerana ‘peluru’ nya boleh dipakai berulang kali.
Ar Rouha menawarkan anda 3 jenis pilihan eksklusif iaitu
Rentas Penchala – Rekabentuk yang berkonsepkan busur Monggol
  • Diperbuat dari gentian kaca khusus
  • Daya tarikan 40 – 50lbs
  • Panjang tarikan 28”
  • Panjang busur 49’’
  • Balutan kulit asli yang bercorak
Anak Awan – Rekabentuk kompak yang khusus untuk pemanah-pemanah berkuda. Saiz yang lebih kecil dari busur biasa dan mudah dikendalikan sewaktu memanah sambil menunggang kuda.
  • Diperbuat dari gentian kaca khusus
  • Daya tarikan 40 – 50lbs
  • Panjang tarikan 28”
  • Panjang busur 45’’
Anak Awan
Lela Kenchana – Rekabentuk tradisional khusus untuk anak-anak yang berusia seawal 4 tahun. Ringan, lasak dan mempunyai corak warna yang amat menarik.
  • Diperbuat dari gentian kaca khusus
  • Daya tarikan 19lbs
  • Panjang tarikan 25”
  • Panjang busur 40’’
Lela Kenchana
Jati Tunggal – Rekabentuk moden khusus untuk permulaan memanah dan juga sebagai pilihan yang mendapat sambutan tinggi sebagai busur latihan. Ringan, lasak dan mempunyai corak warna yang amat menarik.
  • Diperbuat dari gentian kaca khusus
  • Daya tarikan 25lbs
  • Panjang tarikan 28”
  • Panjang busur 40’’
Jati Tunggal
Ar Rouha™ dibuat menggunakan kayu juga bahan yang berkualiti tinggi. Semuanya dibuat sepenuhnya di Malaysia menggunakan kemahiran kerja tangan yang amat berkualiti dalam berkarya. Pemilihan kayu yang berkualiti yang  tahan lasak untuk diletakkan dibahagian hujung busur yang dinamakan siyah dan ditengah sebagai pemegang. Antara kayu tempatan yang digunakan adalah seperti Resak , Balau dan Cengal .
Penyediaan gentian kaca khusus 20150901_000859.jpgyang digunakan sebagailimb lengan busur. Gam khusus digunakan untuk menyambungkan diantara kayu dan fiberglass. Busur dibiarkan selama 3-7 hari untuk memastikan tempoh pengeringan berlaku dengan dengan sempurna.
Daya tarikan pada setiap busur ditentukan dengan kadar ketebalan lengan busur. Busur perlu ditimbang untuk keseimbangan busur. Ujian ketahanan dilaksanakan untuk memastikan busur berada ditahap yang dikehendaki.
Varnish pada kayu siyah menaikkan lagi corak kayu Kemasan dengan menggunakan kulit asli juga fabrik khusus yang menarik pada lengan dan gagang. Tali busur adalah dari tali khusus yang dipintal untuk menampung daya tarikan setiap busur. Inilah keunikkan Ar Rouha™. Ianya yang pertama di Malaysia.received_10207660360335565.jpeg
Dibuat halus dengan buatan tangan dan diuji sebelum dipasarkan dan tertakluk dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Laws of Malaysia – Sports Development Act 1997) yang tidak memerlukan permit dan lesen dari mana-mana pihak berwajib. Jadi tidak perlu lagi risau untuk mencuba.
www.agc.gov.myAktaVol. 12Act 576.pdf - Google Chrome
Pihak Ar Rouha™ juga bukan sekadar membuat dan memasarkan malah melatih bagi setiap orang yang minat mencuba sukan memanah. Dengan latihan juga tunjuk ajar dari yang berpengalaman, ianya menjadikan sukan memanah lebih menyeronokkan dan tidak sukar untuk mencuba.

Arrouha Sports and Outdoors 

No 22, Jalan Mutiara 4/2, Tmn Sri Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor
>>>fb<<<

2015-09-19 15.01.552015-09-19 15.01.172015-09-19 15.01.36

20150602_093922

YOU ARE AWESOME!!!

Capal Thumb Guard

Enjoy your ERGONOMIC Capal Thumbguard for archery thumb draw with functional fit of comfort shape for your thumb posture behaviour. It preciously made by high quality of softleather with goathides lining to get comfort shape grip inside. It’s purposely made for YOU!!


Capal Thumbguard by Arrouha




It made by designed mould for easy produced for same shape in each.



It is fit for all size that may adjustable to suit your finger size. Ensure tight gripped before use it.

We encourage you to give us a CALL / WHATSAPP so that we can personally address your particular concerns in special needs.

contactUs.png

Arrouha Sports and Outdoors 

No 22, Jalan Mutiara 4/2, Tmn Sri Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor